9.03.2009

1# SISTEM KEAMATAN PADI (SRI)

Sistem Keamatan Padi, dikenali sebagai SRI adalah merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan penanaman padi beririgasi dengan mengubah pengurusan pokok, tanah, air dan nutrisi. Latihan SRI menumpukan kepada tanaman yang lebih sihat, tanah dan pokok yang lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar dan dengan menjaga hasil dan kepelbagaian organisma tanah. Prinsip agroekologi yang disumbangkan dalam keberkesanan SRI mempunyai asas saintifik yang lebih baik. Kaedah dan konsep SRI berjaya diadaptasi di tanaman padi tanah tinggi yang tanpa pengairan, dan kini ia sedang dikembangkan kepada tanaman yang lain seperti gandum dan tebu

Melalui kaedah SRI, petani tidak perlu membeli benih baru atau menggunakan variasi hasil tinggi. Walaupun hasil yang lebih tinggi dengan SRI diperolehi daripada variasi yang telah diperbaiki, kebanyakan variasi tempatan ataupun tradisional memberi respon yang baik terhadap amalan SRI dan memberi harga pasaran yang lebih tinggi. Walaupun, baja kimia dan agrokimia boleh diaplikasikan dalam SRI, penggunaannya tidak diperlukan seperti bahan organik (kompos, najis haiwan atau sebarang tumbuhan yang dikomposkan) yang boleh memberikan hasil yang baik malah lebih baik pada kos yang lebih rendah. Para petani melaporkan apabila kaedah SRI dilakukan dengan betul, tanaman beras lebih mampu untuk menghalang kerosakan daripada perosak dan penyakit, serta mengurangkan atau mengelakkan keperluan perlindungan agrokimia.

Oleh kerana populasi tumbuhan banyak telah dikurangkan dengan SRI, kos benih dipotong sebanyak 80-90%, dan kerana sawah padi tidak diairi secara berterusan, air dapat dijimatkan sebanyak 25-50%, di mana ia merupakan kelebihan utama di kebanyakan tempat. Bagaimanapun, pengairan yang berlebihan diperlukan semasa merumput. Jika ia dilakukan dengan alat mengudarakan tanah seperti cangkul berputar, keadaan ini mempunyai kelebihan memperbaiki penghasilan tanaman.

SRI tidak memerlukan pengurusan kemahiran tinggi sebagai faktor penghasilan dan sekurang-kurangnya pada permulaan, ramai pekerja diperlukan, ketelitian untuk penanaman yang berhati-hati dan proses merumput. Hasil meningkat kebiasaannya sehingga 50-100%, tidak mustahil berlipat ganda hasil yang biasa diperolehi. Maka keuntungan yang lumayan dapat diperolehi oleh petani SRI. Keuntungan yang besar diperolehi apabila hasil tinggi dengan adanya pengurangan kos penghasilan. Para petani mendapat kemahiran dan yakin dengan kaedah SRI, penggunaan pekerja berkurangan, dan kaedah SRI ini menjimatkan penggunaan pekerja berbanding dengan kaedah penanaman padi secara konvensional.