Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan SRI-Mas akan mengadakan perjumpaan dengan petani dan anak tani dari
Kedah di SRI-Lovely, Kg Lintang (Sik) Kedah pada 15 Nov 2012 untuk menerangkan
dan membincang tentang kesihatan tanah, agroekologi dan SRI (System of Rice
Intensification). Suatu demonstrasi kit kualiti tanah juga akan diadakan.
Dengan cara ini petani akan memahami lebih dekat lagi tentang asas saintifik
konsep agroekologi and SRI. Demonstrasi tersebut akan dijalankan oleh Dr.
Habibah Jamil UKM, Prof Madya Dr. Anizan Isahak, Prof Madya Dr. Ruhizan Yassin
dan sekumpulan pelajar UKM. Seramai 35 orang petani dan 35 orang anak petani
dijangka akan mendapat manfaat dari program ini. Antara lain, peserta akan
diperkenalkan kepada ciri dan penanaman padi SRI di sawah. Anak petani pula
akan dilibatkan dalam permainan Explorace, iaitu suatu permainan sambil belajar
tentang kesihatan tanah dan padi. Pada hari tersebut juga sekumpulan pelajar
UKM akan mengambil data kajian fisiologi tumbuhan pokok SRI, di bawah seliaan
Dr. Che Radziah Che Md Zain. Maka petani dan anak tani dapat mengambil
kesempatan untuk melihat bagaimana kajian saintifik dilakukan. Di samping itu,
Prof Madya Dr. Kadderi Md Desa akan menerangkan betapa pentingnya sawah padi
dipelihara sebagai warisan geo-asset Kedah.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and SRI-Mas will be holding a forum with farmers
and farmers' children from Kedah at SRI-Lovely, Kg Lintang (Sik) Kedah on 15
Nov 2012 to discuss the importance of soil health, agroecology and SRI. A
demonstration of a soil quality kit will be conducted at the event. This
activity will enhance the farmers' understanding regarding the scientific basis
of agroecology and SRI. The demonstration will be conducted by Habibah Jamil
UKM, Assoc. Prof. Dr. Anizan Isahak, Assoc. Prof Dr. Ruhizan Yassin and a group
of students from UKM. A total of 35 farmers and 35 farmers’ children will gain
from this experience. Participants will be introduced to the characteristic of
SRI paddy and SRI technique in the field. The children will be involved in an
explorace game which will highlight the importance of healthy soil and healthy
rice plants. On the same day, Dr. Che Radziah and her students will be
collected some field data for their plant physiology study of SRI rice
plants. This will be a good chance for the farmers to observe how scientific
studies are conducted. Assoc. Prof Dr.
Kadderi will take this opportunity to remind farmers to conserve paddy land as
geo-asset heritage of Kedah.