11.13.2012

Meeting farmers in SRI Lovely

Posted by: Anizan Isahak


     Koperasi Agrobelantek and friends in
     SRI Lovely, Kg. Lintang Sik, Kedah

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan SRI-Mas akan mengadakan perjumpaan dengan petani dan anak tani dari Kedah di SRI-Lovely, Kg Lintang (Sik) Kedah pada 15 Nov 2012 untuk menerangkan dan membincang tentang kesihatan tanah, agroekologi dan SRI (System of Rice Intensification). Suatu demonstrasi kit kualiti tanah juga akan diadakan. Dengan cara ini petani akan memahami lebih dekat lagi tentang asas saintifik konsep agroekologi and SRI. Demonstrasi tersebut akan dijalankan oleh Dr. Habibah Jamil UKM, Prof Madya Dr. Anizan Isahak, Prof Madya Dr. Ruhizan Yassin dan sekumpulan pelajar UKM. Seramai 35 orang petani dan 35 orang anak petani dijangka akan mendapat manfaat dari program ini. Antara lain, peserta akan diperkenalkan kepada ciri dan penanaman padi SRI di sawah. Anak petani pula akan dilibatkan dalam permainan Explorace, iaitu suatu permainan sambil belajar tentang kesihatan tanah dan padi. Pada hari tersebut juga sekumpulan pelajar UKM akan mengambil data kajian fisiologi tumbuhan pokok SRI, di bawah seliaan Dr. Che Radziah Che Md Zain. Maka petani dan anak tani dapat mengambil kesempatan untuk melihat bagaimana kajian saintifik dilakukan. Di samping itu, Prof Madya Dr. Kadderi Md Desa akan menerangkan betapa pentingnya sawah padi dipelihara sebagai warisan geo-asset Kedah.


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and  SRI-Mas will be holding a forum with farmers and farmers' children from Kedah at SRI-Lovely, Kg Lintang (Sik) Kedah on 15 Nov 2012 to discuss the importance of soil health, agroecology and SRI. A demonstration of a soil quality kit will be conducted at the event. This activity will enhance the farmers' understanding regarding the scientific basis of agroecology and SRI. The demonstration will be conducted by Habibah Jamil UKM, Assoc. Prof. Dr. Anizan Isahak, Assoc. Prof Dr. Ruhizan Yassin and a group of students from UKM. A total of 35 farmers and 35 farmers’ children will gain from this experience. Participants will be introduced to the characteristic of SRI paddy and SRI technique in the field. The children will be involved in an explorace game which will highlight the importance of healthy soil and healthy rice plants. On the same day, Dr. Che Radziah and her students will be collected some field data for their plant physiology study of  SRI  rice plants. This will be a good chance for the farmers to observe how scientific studies are conducted.  Assoc. Prof Dr. Kadderi will take this opportunity to remind farmers to conserve paddy land as geo-asset heritage of Kedah.

No comments: